Blogger Templates

Sunday

esok

assalamualaikum.

hai. eh, esok dah hari ahad lah. maknanya aku dah nak mula skolah balik. dan 3 hari jugaklah aku tak dapat nak jenguk blog buruk nie. hari rabu nanti aku datang blk yer.

bye.

nota kaki: aku tertunggu2 feedback utk praktikal. doakan aku yg terbaik yer. harap2 minggu nie aku dapat tau lah.






terima kaseh awk :)


assalamualaikum.

hai. hish, dah lama lagi aku tinggalkan blog aku neh. dia pun dah rindukan aku lg dah. bukan taknak jenguk. tp aku byk kerja sikit. biasalah hujung minggu. hujung minggu nie aku dapat rasa perasaan seorang pelajar dan juga seorang suri rumah. susah jugak buat 2 tanggungjawab dalam 1 masa. tp takpe, sekurang2nya dapat lah jugak aku belajarkan. utk masa depan aku jgk. ceh! bajet je.

mcm yg korang tau lah, hari rabu dan khamis aku takde kelas. tp khamis yg lepas, aku kena g dengar ceramah kat machang. dari MIA, CARE. so, aku dengan penuh minatlah nak g dengar. kot2 lah blh tau pasal profesional yg aku berminat sgt tuh. aku gerak ke machang dengan bas UiTM dihatiku lah. program mula pukul 9. dan habis pukul 12.

alang2 aku dah ke machang, janji lah nak jumpa dgn 'awak'. ambek peluang terus lah kan. mula2 bincang, dia takleh nak anta aku blk. so, takpe lah. takde rezeki nak jumpa. tp last2 minit pulak dia ckp blh. so, aku balik dgn dia lah.

jalan2 dulu  kejap dengan dia. dia teman aku cari kasut, selipar, seluar. sekarang nie aku dah makin gila nak kumpul selipar byk2. yelah, kan dah mula belajar balik. hari2 nak tukar selipar lain. bajet lecturer lah kan.

then ada lah kami bincang pasal masa depan sikit. aku harap apa yg kami buat adalah yg terbaik untuk aku dan dia. dan harap2 yg indah dijadikan kenangan, yg duka di perbetulkan. harap2 kita sama2 blh cuba yg terbaiklah yer. mungkin cerita kita belum habis. :)

bye.



Wednesday

akhirnya


assalamualaikum.

hai. yes! akhirnya aku telah jumpa dan decide kat mana aku nak praktikal. proses risik-merisik telah pun dijalankan. hantar cincin pun sudah. sekarang nie tunggu tuan punya badan bg keputusan pulak. adoi la, kat mana agak-agaknya jadi rezeki aku yer? harap-haraplah kat tempat yg baik dan elok.

mesti nak tau tempat mana yg aku mintakkan?
1) siti haliza & associates - Johor
2) kh lim corporate - Kelana Jaya
3) saifudin & co - KB
4) jamal, amin & partners - KB


tp aku nak sgt2 praktikal kat Johor. jom tlg sama-sama doakan utk aku.

semoga aku dapat yg terbaik.
bye.





rindu


assalamualaikum.

hai. apa khabar hari nie? hujan dah semakin hari semakin menonjolkan diri. mungkin dia pun sudah rindu untuk membasahi bumi Allah ini. ribut pun sentiasa menemani hujan. tak pernah putus asa. ceh! sempat lg main ayat.

hehehe. dah lama aku tak update pape kat sini. biasalah, bila sekolah dah mula, aku pun sibuk lah mentelaah buku. *bajet je nie*. kalau hari ahad sampai selasa, memang aku tak sempat langsung lah nak datang sini. kelas dari pagi sampai petang. mengalahkan PM pulak kan?

oh ye, aku belum bagitau tentang jadual kelas aku kan? meh aku nak bagitau.

ahad
8-10 : MAF630
10-12 : BMD501 (mandarin)
12-2 : BEL499
2-4 : AIS630
4-6 : FAR450

isnin
8-10 : QMT429
10-12 : AIS630
4-6 FAR450
6-8 : CRG630

selasa
10-12 : MAF630
12-2 : MQT429
2-4 : CRG630


hah! tercabar kan? dah nampak dah betapa sibuknya aku. tp yg penting, aku dapat reward cuti 4 hari. bestkan? tu lah org cakap. "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". sekarang barulah aku rasa pepatah nie betul. heheheh

bye.





Saturday

pening



assalamualaikum.

hai. selamat pg. salam sabtu. wahhhh, segarnya bangun awal hari nie. segarnya pagi 22/sept nie. korang apa khabar hari nie?

ok. disebabkan hujung minggu, bangun pagi2 nie terus terfikir nak masak apa. sebabnya kalau hujung minggu aku yg akan jd tukang masak. so, pandai2 aku lah kan. dan sekarang nie pun dah masak dah. hebat kan? hehehe. awalnya.

dan boleh pulak aku terfikir tentang praktikal. huh! pening la aku nak pilih tempat praktikal nie. kena cari yg paling terbaik. ye lah, demi masa depan kan? banyak jgk la yg aku dapat alamat, tp yg mana 1 yg paling terbaik?

ada tak yg boleh tlg suggestkan tempat yg paling terbaik utk aku? aku tunggu tau!

have a nice day!
bye.

Friday

selamat hari malaysia

assalamualaikum.

hai. hari nie dah 21/sept/2012. sekejap je dah nak habis bulan september nie. maknanya umur kita akan bertambah lg. oppp, terlupa. salam jumaat. :))

haaaaa, hari nie kita story pasal aktiviti cuti minggu lepas. blh? tak lapuk kan? baru je 1 minggu. hehehe. cuti-cuti hari Malaysia.

16.sept. selamat hari lahir Malaysia! dah semakin membesar awakkan? hehehe. hari Malaysia nie takkan taknak ke mana2 kan? jom kita bercuti di Kuantan! yess! akhirnya dapat pergi jugak.

al-kisahnya mcm nie. budak2 U daftar skolah 10.sept kan? so, adik sy yg belajar di Kuantan pun terpaksalah daftar jugak kan. dah terpaksalah tinggal rumah tersayang. dia g daftar dgn moto je. so, dia tak bawak lg lah barang2 berharga dia. mula2 tue abah decide nak kirim brg tue dkt kawan dia. then dapat tahu lah kawan dia g Kuantan dgn bas je. tak kan lah nak menyusahkan jugak kan? so, fikir punya fikir. kena pergi hantar jgk lah barang dia.

yeay! aku apa lg. kalau bab2 jalan2 nie. mmg no1 lah. so, kami bergerak hari khamis lg. panjang betul perjalanan kali nie. tp singgah bermalam di rumah sepupu abah. hari jumaat pg baru bertolak ke Kuantan. kebetulan pulak adik aku ada kelas sampai pukul 10. sempat lah kitorang sampai dan dia pun dah habis kelas.

sambil2 tue, dalam pale otak aku nie. tgh fikir2 nak g jln2 kat mana lah. tak jadi kalau g Kuantan takde g mana2 pun, kan? dah byk dah plan nie. tp tak tau lah jd ke tak.

dan akhirnya, jadi jugaklah. tp bkn byk tempat pun aku g. tak seronok  plak jln panas2 nie. yg sempat aku g, Telok Cempedak, Pekan, Pantai Sepat dan Cherating.

aku plg suka g telok cempedak. knp? pemandangan lawaaaa. terjatuh hati rasanya. mcm taknak blk. tp terpaksalah blk jugak. hehee. kat pekan aku pusing2 bandar dia. tp kecik je bandar dia. kalau nak bandingkan dgn kat Machang, Machang lg maju tau. kat pantai sepat pulak, kami dan sepupu kami pergi picnic. woooo, picnic tuuu. kejap je pun g. tp ok la pandai dia. takde hakisan pun. cuma tak best sebab pasir dia tak padat sgt. takut jgk kalau nak mandi. dan terakhir, pergi cherating. tp xbest. tu je aku blh ckp.



 telok cempedak.


jalan menuju ke penghujung. hehehe. disebabkan kat sini banyak batu-bata, mereka menjadi lbh kreatif dgn bina jalan ini untuk pengunjung menuju ke hujung pantai. tp malangnya aku tak sempat sampai ke hujung. sebabnya ma aku dah tak larat nak jalan katany. hehehe.


batu yang terdapat di hujung pantai. aku rasa bila dekat dgn batu nie ia makin cantik kot. nie aku zoomkan je.





apa lagi. aku pun nak cari peluang jgk lah. jgn jeles yer. hehehe.



pekan, pahang.


 istana sultan pahang. 'pintu belakang je'


 padang polo sultan.


 nasib baik aku pakai selipar tinggi. kalau tak, jelaslah kependekan aku. hahaha



pantai sepat

kami semua ke pantai sepat nie jam 9 pagi lg. lepas siapkan semua bekal baru turun. awalkan? hehehe. nk jugak pergi. bia lah kejap pun. then pukul 1230 dah blk lah. aku plak terus gerak balik klate. takut sgt lambat sampai. yer lah, dah nak mula skolah dah.





 panas2 pun nak main air jugakkan? ishk3.



cherating



satu2nya gambar yg ada di cherating. nie pun dlm kereta. aku tak turun pun. sebabnya nmpk mcm tak menarik.


dah tgk semua kan? mana 1 tempat korang nak pergi? aku g pekan ingat nak cari rumah Dato' Najib. tp tak jumpa pulak. hehehe. balik macam tue aje lah.

aku nak pergi telok cempedak lg! sape nak tlg bawakkan aku? awak, tlg deh. hehehe
bye.


Thursday

merdeka di Terengganu



assalamualaikum.

hai. apa cite hari nie? mesti bykkan? kali nie aku nak post benda yg dah berminggu2 lepas. tapi tak kira lah, aku nak share jgk.

tanggal 31 bulan 8, genap lah negara kita merdeka yg ke-55. alhamdulillah. masih lg aman. masih lg dpt hidup dgn selesa. kali nie aku dan family aku merdeka di Kuala Terengganu. tu pun sbb ma aku ada kursus. maka dpt lah aku jalan2 lg. sape yg tak nak kan?

kami bergerak ke K.T 31/8 pg. pkl 8 dah gerak dah. ceh! awal kan aku bangun hari tue. kalau tak ke mana2, jgn harap lah aku nak bangun awal mcm tue. nie semua sbb nak sampai kat sana sblm pukul 12 lah nie. sbb kena checkin hotel pukul 12. last2 sampai kat sana pukul 11 lg. apa lg, jalan2 lah dl. sempat la jugak tgk perbarisan merdeka dekat pantai batu buruk.

then, sebab time tue panas. kami cepat2 lah checin bilik. bia lah pun belum pukul12 lg. nasib baik bilik dah kosong dah. eh, lupa plak aku nak ckp kami bermalam kat mana malam tue. dekat Hotel Tanjong Vista. dekat aje dgn pantai baru buruk.


 nah, aku bg bukti sekali. hehehe.


lepas je ma dan abah aku masuk kursus, hajat di hati nak g jalan2. tp tiba2 pulak blh tertido. aku pun taktau lah. tu lah kan, bangun awal sgt. so, ptg tue tak dpt lah aku g jln mana2. cuma sempat la aku melawat kolam renang dan gim yg ada kat hotel tue. tp tak mandi dan main pun, budak2 ramai sgt. tengok aje lah.

so, mlm tue kami 3 beradik menjenguk pantai batu buruk je lah. nak g shopping2, jauh sgt. tp nasib baik kami, kat pantai batu buruk ada sambutan apa ntah. majlis hari raya. ada perssembahan tari-menari. mungkin sempena merdeka kot. tp aku tak ambek port pun. setakat lalu aje lah.


 sebelum keluar. nie adik aku yer. bkn abg. tinggi kan?


 best jugak suasana pantai mlm2 nie. romantik je. wehehehe. gatal kan? kala jalan2 dgn pakwe pun best jugak nie. tp malangnya aku dgn dgn adik aku. dia pulak lyn awek dia. bergayut je 24jam.





 cantikkan? kebetulan pulak ada budak yg pasang.



tinggikan bilik kami? tingkat 13 tuuuuu.



lepas dah puas main2 dkt pantai, kami pun ternampak lah a&w. ceh! buat2 ternampak pulak. padahal mmg dari dulu lg ada kat sana. so, beli apa yg patut. then balik mkn dkt bilik. dgn ma dan abah aku sekali.

1 malam je aku kat K.T. ye lah, takleh lama2. adik aku skolah lg. aku takpe la. dah tua dah. hehehe.

tak puas lagi aku main2 dkt pantai batu buruk. nak kena pergi lg lah nie. takpe lah, nnt kita cari masa lain pulak. awak, tlg bawak sy yer. *minta kat sape pun taktau lah*
bye.




girls day out


assalamualaikum.

hai.
kali nie aku bersemangat utk kongsikan apa yg telah berlaku dlm hidup aku. dah byk perkara aku terlepas utk aku menulis. mana taknya, dah lama blog nie tak terusik. tp takpe, lepas nie korang akan bosan baca entry2 aku yg byk lg bakal ak post kan.

kita kembali lah pada tajuknya. wow! PIZZA !!! teruja kan? bkn selalu pun blh jejakkan kaki ke restoran nie. hanya pada masa tertentu.

14.julai.2012. Nadiah, junior aku. telah membawa aku dan roomate aku ke restoran nie. bertuahkan? baik betul lah budak nie. sbnrnya dah lama rancang, tp byk pulak halangan yg datang. ceh! berbunganya ayat kau. hehehe. setelah dibincang-bincangkan. jumpalah tarikh yg sesuai. takpe lah time final exam pun. janji puas blh mkn pizza. tp kali nie aku, asmida dan izzati dan abis exam. tp kesian pulak kat dora, dia ada 2 paper lg. sanggup dia berkorban. hehehe.

maka, makan besar lah kami hari tue. mintak je apa yg nak mkn. semua blh. hish, kalau tiap hari mcm nie kan best. aku dah tak tau nak cite apa, sbb byk sgt yg mengujakan. hehehe. tp sempatlah aku snap2 apa yg patut. korang tgk lah. mesti korang pun dah blh agak apa yg kami 'baham'kan.



driver kami


mereka yg terlibat


yes!sy mahukan yg ini


mida n dora


bersama penganjur


jom kita tgk pulak menu2 yg sempat kami tempah dan makan. nyum2! best sgt. mmg terbaik lah!

































dan akhirnya jadi mcm nie lah semua menu2 diatas. sekejap je dah habis. perut2 semua dah pun membulat. copcopcop, mesti korang tertanya2 apa lah nama menu yg kami mkn kan? aku pun lupa sbnrnya. hehehe. nnt korang tgk sendiri lah kat restoran pizza hut nie yer. hehehe.

terliur tak? semoga terliur. hehehe. bye.





Wednesday

buka buku baru

hai.
dah lama aku tak menulis dan jenguk blog aku nie. tp sekarang, aku nak mulakan semuanya dgn yg baru. aku nak tutup buku baru, dan bukak buku yg lama.

dan sekarang aku dah rasa makin matang.ceh!perasan pulak. jom kita start buku baru dgn al-kisah diri aku yg baru nie.

sekarang nie aku baru aje start sem baru. sem 6. alhamdulillah masih lagi dalam kos perakaunan. masih lg ditahap yg stabil lah. dan aku harap aku dpt bertahan sampai sem terakhirlah. tetapi aku dah tak belajar kat machang lg. aku dah berpindah ke kampus kota bharu. tersangatlah dekat dgn rumah aku. so, aku dah tak duduk rumah sewa or kolej. sekarang nie hanya bertapa dirumah je lah. tp dah takde lah keseronokan belajar dan suasana belajar. bila duduk kat rumah nie, langkah kaki nak g mana2 pun dah pendek lah. hehehe. dan tiap2 hari abah aku yg akan hantar aku ke kelas. beliau jugaklah yg akan jemput aku bila habis kelas.

dan tentang jadual aku sem nie pulak. dalam masa 1 minggu, aku hanya ada kelas 3 hari. bestkan?? mula2 nie mmg lah best, tp bila dah lama2 nnt. agak penat jugak lah. ye lah, 1 hari ada 5 kelas. dan ada jugak yg ada 6 kelas. mana tak penatnya? dan yg lebih penat, bila semua lect nak buat test or kuiz dalam hari yg sama. subjek mana dl yg aku nak kena study kan? nnt blh lah tgk aku hypertension.

ishk, panjangnya aku taip entry kali nie kan? tp takpe lah, nie kan first entry aku. nak cite semua pasal aku. dan entry lepas2 nie, takde dah introduction nie. hehehe.

hah!soalan popular bila akhir sem dan bila dah 1 bulan habis final exam. mcm mana dgn result aku sem lepas? tak pyh nak cite lah. result aku mmg teruk lah. jatuh dari tingkat 4 sampai lah ke tingkat bwh. bukan turun dengan tangga. tp terjun ikut tingkap terus. nak ckp teruknya result aku sem lepas. mana taknya, cuti berderet2. kelas pun tunggang langgang. dgn masalah classmate lg, groupmate lg. hish, mcm2 lah. sampai study aku pun ntah ke mana. tambah2 lg soalan final mmg susah gila! dan akhirnya byk tue je lah yg aku dpt. tp alhamdulillah. masih lg stabil. dan nampaknya sem nie aku kena bekerja keras lah. utk aku cover blk.

hah, bila dah sentuh pasal result nie, maka berakhirlah kisah2 aku. hehehe, nnt lah aku sambung entry lain pulak. untuk kali nie, setakat nie je lah dulu. nie pun dah muak korang nak baca. hehehe. bye.

p/s; tlg support aku nak jd org baru :))
sory tertulis entry yg panjang pulak.