Blogger Templates

Monday

selamat tahun baru!


oh hoiiii. dah habis pun 1 tahun 2012. tak sabarnya nak tahun 2013 kan? tutup buka lama, bukak buku baru. tiap2 tahun mesti ckp mcm nie kan? azam 2012 dah tercapai ke?


haaaaa,google pun dah bertukar wajah tau.


tahun ini akan berlalu, laksana anak panah terlepas dari busurnya,
fajar baru di tahun yang akan datang,
semoga menjadi lembaran baru yg lebih baik,
selamat tahun baru 2013 semoga lebih maju dan sukses.



rancangkan aktiviti anda di tahun baru yer.


nota kaki: rasa nak ada ikatan lah di tahun baru nie ;p




ingat exam, ingat study


hai hai, hari nie terasa rajin pulak.

mentang2 dah nak exam kan, asyik update pasal exam je. mesti lah kan? nak cari mood examkan. meh sini sy nak share jadual exam sy. supaya senang korang nak doakan sy nnt.


3/1/2013- QMT429- jubli perak
9/1/2013- CRG520- jubli perak
12/1/2013- FAR450- jubli perak
13/1/2013- AIS630- KUB405
21/1/2013- MAF630- jubli perak


haaaa, dah tau kan? so, jangan lupa doakan i yer. nak DEKAN neh sem nie.

oh ye, takut sgt2 exam kat dewan jubli  perak nie. knp? sbbnya dewannya sgt lah luas. kapasitinya blh muat 600 lbh. dan cuba korang bayangkan, time sy exam nnt hanya ada 100 lbh calon. camne tue? takke takut tue. brape meja lah agaknya diorang nak jarak2kan. haih! seram sy tau.


nota kaki: doakan yg terbaik utk sy




bahana exam


hai. yaaaa,sudah 1 hari tak update. yaaa, my bad. tp bkn sengaja tau. sy sibuk sikit.

sibuk tentang apa ye? skrg kan dah nak dekat exam. maknanya sy semakin sibuk lah. dan semalam sy terpaksa ke UiTM. sebabnya nak jumpa lecturer sy. mintak izin, mintak restu. tanya apa yg patut. bila exam dah bermula, confirm tak sempat. so, masa nie lah kena ambek peluang.

semalam dari pukul 10 pg sampai lah 530 ptg berkampung di UiTM. jumpa lecturer dalam 3 jam je. then selebihnya sy jadi cikgu pada classmate sy. kesian dia. mmg loss terus lah. bila ajar tue nampak lah dia faham. mintak2 lah dia betul2 faham dan dpt skor exam nanti. td pun dah bg motivasi sikit. mintak2 lah dia amalkan apa yg sy ajar. amalkan seumur hidup, dan dptlah bahagian sy sikitkan. utk masa depan :)

then sambil2 ajar tue kami borak2 lah kejap. dia bercerita lah. sem nie hanya ambek 5 subjek. berbanding kitorang yg 7 nie. then dia hanya ada 3 paper final. heaven kan? kami ada 5 paper final. bila di tanya kenapa, beliau cakap nak blaja secara rileks. tak nak stress2. dan beliau akan tambah lg 1 sem. beliau takde repeat paper pun. tp tu lah rancangan dia. mgkn juga nak jaga pointer. yaaa, sy pun mcm tue.

dan sy berharap 2 sem terakhir nie sy nak DEKAN setiap sem. sy nak grad dgn pointer dekan. tlg yer. doakan sy.


nota kaki: doakan final sy yer. sy mintak maaf if ada tersalah pape.



Thursday



hangatnya sudah kembali berkurang.
ia semakin mendingin.
adakah ia akan kembali seperti masa dulu?
itulah yg susahnya.
berubah itu mudah, tp utk mengekalkannya tue sangat lah susah.

seperti juga kita.
sehari dua blh lg buat benda baru.
bila dah lama, ia semakin hilang.

kenapa begitu cepat kita dingin?
setiap hari kita perlu mencipta sesuatu yg baru.
supaya hari2 yg mendatang tidaklah terasa bosan.


nota kaki: carilah sesuatu yg baru. supaya tidak mudah terasa bosan.

futsal


hai. selamat tengah hari. dah lunch? hari nie hari yg cerah kan? ada matahari lg. sempatlah baju2 sy nak kering. sy dah lunch dah. double lg. tp makan tak habis pun. kureng selera lah. ok, back to the topic.

hari sabtu yg lalu,(lupa brape minggu dah berlalu). kami join kejohanan futsal. anjuran CCR. mmg join pun utk suka2 jer. utk release tension. nie pun blh dikatakan aktiviti kelas lah jugak. kami join utk wakil fakulti sebenarnya. sy cari sape2 dari kelas B yg nak join. then ada lah 3 org yg nak join. tp tiba2 cancel last minit. memang nak marah lah jugak. terpaksalah cari sorang yg bidang terjun.



nie lah antara yg terlibat. si jejaka kat blkg tue lah yg menyokong kami. kami ada rajagopal kami sendiri.


masa mula2 sampai, kami memang segan lah. mana tak nya, tgk team lain semua ada baju sendiri. kami pulak, tgk lah. pakai pun entah pape. main pakai je. segan jugak lah dengan diorang. main pun pakai sepak je bola tue.

dan akhirnya kami dapat nie.


yeay! alhamdulillah.

sy ada la jugak ckp kat team member, dapat no.3 pun dah ok dah. tp kami dapat naib.johan!! wuuuuu, blh join lg lain kali. dan wiwi cakap. dah blh dah wat baju. huh! semangat tue.

dah tak tau cite apa lah. tgk gmbr je blh tak? hehehe.


muka happy bila dah habis game.



dan jugak muka happy dapat habuan.



baru lepas game. tunggu next game pulak.



yeay! dah takde game dah. tunggu habuan je.



uhhuuuuu, kesian. terpaksa makan dilorong2 gelap. hahaha


nota kaki: kalau ada yg anjurkan futsal utk perempuan, bgtau lah kami.



Wednesday

alhamdulillah



hai. selamat malam. mcm dah nak tido kan? hehehe, hari nie pun sy tak rajin sgt nak study. tp sempat lah jugak siapkan 1 pastyear. kira ok lah tue kan? then apa yg sy buat petang2? jom kita tgk.





haaaaa,kenal tak? nie lah namanya cuppies butter kastard. nak cuba? blh lah contact sy yer. murah2 je kita jual. hehehe. nie lah keje sy petang td. sampaikan si dia pun sy abaikan. sorry yer. bukan sengaja pun. tp saje je nak bg u rindu. huehuehue.

nie first time sy cuba buat nie. dan alhamdulillah. menjadi lah jugak. cuma ada yg kemek2 tue sbb sy tak letak dalam bekas dia. hehehe, nak cepat. bekas ada sikit je. dan rasanya sgt lah sedap. kalau nak cuba, jemput datang rumah sy yer. pintu terbuka luas. hehehe,

ok dah. mlm nie nak kena study betul2. dah buatkan kopi dah. sy study dl yer.



selamat


hai,selamat pagi. eh? pagi lg ke? takpe lah. terlambat sikit hari nie. tp nak pagi jgk!

semalam hari yg paling gembira. lepas je layan cite lagenda budak setan tue, tiba2 je dia msj. dan sy telah cuba lembutkan hati nie balik. dan skrg nie kami telah ubah apa yg pernah terjadi dulu, menjadi kami yg baru.

sy pun harap2 benda nie akan berkekalan lah. pada sape2 yg dengki dengan kami, tlg lah jangan kacau kami lg.


nota kaki: bukak inbox, dapat emel. thanks! :D





Tuesday

tahniah sahabat






haaaa, tiba2 je bukak group jumpa benda nie. ede nie rakan sekelas sy. dia ibarat adik2 kami semua. mana tak nya, umo lebih muda dari kami. tapi dah kawen dah. dah dekat 3 bulan kot dia kawen. dan bakal menjadi papa! kami akan dapat anak sedara baru. yeay!! dayah pun kami dah kenal. kami pergi bercuti kat johor sama2 hari tue. so, dah kenal rapat sgt lah.

insyaAllah, nnt kita pergi ramai2. jemput lah memeriahkan majlis yer.



lagenda budak setan II



selamat malam.

malam nie sy malas nak study. taktau sape yg curik mood study sy. mmg betul2 malas neh. tak sentuh buku pun. tak tau apa masalahnya. mungkin sebab sy sedang sakit kot. bila dah malas study, apa plannya?

haaaa, sy pun mulalah naik tanduk. tiba2 terasa nak layan movie. so, sy layan lagenda budak setan II. huh! cerita dia. meleleh. tersentuh hati ku.

farid kamil sweet. mcm awak. tiba2 teringat kat awak. teringat cerita kita. i miss u lah. tiba2 kan? hmmm, setiap tempat yg cantik, sweet, mesti sy bayangkan sy berada kat sana bersama awak. jom kawen! hehehe, gatalkan.

kalau dia blh terima katerina, dan teruskan hidup mcm biasa, knp sy tak blh kan? tp sy sedang mencuba :)


nota kaki: sy terlalu rindukan awak.



kami



hai,
nampaknya cuaca hari nie tak hujan. hanya mendung je. kalau panas pun ok jgkkan. bila cuaca mcm nie, keje aku tido je lah memanjang. nie pun baru lepas bangun tido tau. study utk exam pun entah ke mana.

bangun2 jer terasa nak update pulak. blh kan? nak imbau kembali kenangan kami.




beberapa kerat je yg join



hutan bandar. taman yg cantik. lebih cantik dari taman tengku anis. kawasan yg luas. ada tempat mandimanda lg.



galeri seni. sesuai utk sesiapa yg minat melukis.



bangunan yg sgt comel dan unik!



sir kami yg sporting!



terpaksa naik bas awam. di tinggalkan pakcik bas UiTM



diberi ceramah cinta oleh doktor cinta sementara tunggu pakcik bas.



shopping di I Zone. takde apa yg menarik pun.



dan sy rasa sy paling cute ;p



yeah!! tengok bola sama2.


sy share yg nie je lah yer? byk lagi sebenarnya, tp takut termuntah pulak nak tengok. hehehe, nie masa kami trip to Johor. yg BBQ lepas nie sy share yer.





pagi !


hai,

selamat pagi. Oh! hari nie encik.matahari dgn muka tak malunya keluar menonjolkan diri. alhamdulillah. blh la jgk aku basuh baju. takde lah sampai tak mau mandi di pagi hari kan. hehehe,

pagi2 lagi dpt msj dari dia. dia rindukan sy. tp sy tak mampu utk membalasnya.

nota kaki: sy harapkan hari yg panas, tp sy mahu banjir. blh mcm tue?



Monday

hati lembut


hai..

setiap kali sy lembutkan hati sy utk terima awak kembali, setiap kali tue jugak sy jumpa sesuatu yg sy tak suka. dan hati sy kembali sakit.

mungkin peluang utk kita dah semakin gelap.



oh haram!



Penjelasan Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Tentang Hari Krismas :

Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan
Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim : Agama kami menghargai toleransi
antara agama, termasuk agamamu tapi masalah
ini, agama saya melarangnya.

Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya
sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain,
mengucapkannya kepada aku?

Muslim : Mungkin mereka belum
mengetahuinya. David, kau boleh
mengucapkan dua kalimah syahadah? Dalam
bahasa melayu pun tak mengapa.

Christian : Oh tidak, saya tidak boleh
mengucapkannya. Itu akan mengganggu
kepercayaan saya selama ini.
Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata?
Ayuh, ucapkanlah...

Christian : Hmm.. Sekarang....... saya mengerti...

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan
selamat kepada AGAMA lain bererti ia telah
kafir dan neraka janahamlah
tempatnya."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

p/s :
Haram ucapkan selamat hari krismas
kepada bukan Islam. Sebarkan sebelum
terlambat.. ♥




cerita


begitu banyak cerita, ada suka ada duka.
pahit manis hidup semua kita telah lalui.

sem nie sy rasa sem yg paling sy happy. yg paling kurang stress. yg paling enjoy sejak memegang status sebagai pelajar ijazah sarjana muda perakaunan. ye lah, korang semua pun dah tau kan. belajar akaun nie mmg susah gila2. dah la subjek byk, ngaji pulak lbh lama berbanding yg lain. memang merana lah kalau yg tak sabar tue.

knp rasa sem nie paling happy? sbbnya semua rakan2 sekelas sy telah bergabung menjadi 1. yes! akhirnya. mungkin masing2 dah besar panjang kot. dan sy rasa kami semakin rapat selepas tertubuhnya group kelas kami di FB. kami berkongsi semuanya dlm group tue. dan blh faham masing2.

dan yg paling tak dpt dilupakan, sem nie kami sempat buat 2 event besar. iaitu BBQ bersama dan trip ke JB. makin lah nampak kami makin serasi kan?

alhamdulillah. harap2 kami akan sentiasa kekal, tak terputus persahabatan ini. sem depan mgkn akan rindukan mereka semua. masa utk praktikal! heeee, dah nak tamat belajar pun.


nota kaki: gambar2 program akan di uploadkan lepas nie yer.

kalau


hai. mulai hari nie sy akan kembali  menulis. dah lama rasanya sy tinggal benda nie. last update pun bln 10. dah 3 bulan tak terusik. namun hati sy sentiasa terusik.

hmm, kalau? kalau lah kita masih bersama, usia hubungan kita dah 1 tahun, 9 bulan, 3 hari kan? dah nak masuk 2 tahun pun. walaupun kita dah tak bersama, tp sy sentiasa ingat semua kenangan kita.

kalau lah dulu kita dah matang, tentu kita takkan jadi mcm nie kan?
kalau lah sy tak kongkong awak, mesti awak takkan buat mcm tue kan?
kalau lah sy bersikap terbuka,
kalau lah fikir persahabatan itu sgt penting.

yap! memang bila guna istilah 'kalau', semua akan jadi sempurna. heaven sgt kan? tapi takpe lah. mgkn bukan jodoh kita.