Blogger Templates

Tuesday

jadilah lelaki paling menarik dimata wanita

hahahaha,,mcm kontroversi jer tjuk nie kan?
lps exam tax td aku kua g machang .
mcm boring jer dk kt blik kn ?
then aku g la kedai Muda Osman .
tiba2 lak ternmpk 1 majalah nie .
' WANITA '
rasa berkenan di hati nk beli .
so , aku beli la .

dk belek2 majalah tue .
ternmpk la tjuk nie .
so , aku nk share la ckit utk tatapan lelaki kt luar sana .
bkn nk tuju or credit kt sape2 ea .


EMOSI.
wanita mudah benar menerima lelaki yg romantis . ditambah sedikit sikap penyayang , lelaki begini akan jadi pujaan hatinya . namun , untuk menjadi lelaki menarik dimata wanita , anda perlu tau emosinya . ini kerana pasangan sentiasa terlibat dgn ksh syg dan cinta . jika anda pandai membaca emosinya dan tahu cara mengendalikannya maka anda adalah lelaki yg sempurna dimatanya .

LIHAT ISINYA , BKN LUARANNYA .
jgn menilai diri seseorg dgn penampilannya saja sebaliknya anda perlu menilai isi dalamannya . begitu cara mahu menakluki hati wanita . mungkin luarannya seorg wanita itu tidak cantik tetapi isi hatinya suci bersih . kalau anda mampu menilai peribadi berdasarkan mata hati , maka anda lelaki beruntung .

TAHU GARIS SEMPADAN .
satu lagi ciri lelaki yg menarik ialah mereka tahu batasan dgn wanita . lelaki yg memahami adalah lelaki yg tahu menjaga batasannya , ia bkn saja melibatkan maruah tetapi masa dpn wanita itu sendiri .

JUJUR , BERAKHLAK , TULEN DAN SEJATI .
lelaki terbaik adalah lelaki yg jujur , berakhlak , tulen dan sejati . kesemua ciri-ciri ini mmg dicari oleh setiap wanita kerana agak sukar mencari lelaki yg memenuhi impian setiap wanita .

SENTIASA BERHUBUNG .
wanita akan terasa dihargai dan disayangi bila anda sentiasa menghubunginya . walaupun nmpk seperti agak remeh tp hakikat itulah yg membuatkan wanita jatuh hati pada anda .

BELAJAR MENGENAI KESELURUHAN DUNIA .
wanita biasanya cukup prihatin . oleh itu , cubalah tanya kepada mereka tentang aktiviti seharian yg di jalani . selain itu , tanyakan juga tentang ahli keluarga dan rakan yg rapat dgnnya . pertanyaan seperti ini membuatkan dia merasakan anda lelaki prihatin dan mengambil berat dgn kehidupannya .

JANGAN SESEKALI MENCEMUH .
kalau anda mengeluarkan kata-kata cemuhan kpd wanita , nescaya anda akan dijauhi . oleh itu , pujilah dgn kata-kata menarik , insyaAllah anda akan berupaya memenangi hatinya . tiada siapa suka diperlekehkan baik lelaki mahu pun wanita .

TAKLUKI HATINYA .
membuatkan wanita bangga dgn anda adalah satu bonus bagi lelaki . begitu juga membuatkan wanita dihargai adalah satu tanda anda adalah lelaki idaman wanita . justeri itu , apabila anda menyukainya , berterus-terang kpdnya . jgn juga malu-malu perkenalkan dirinya sbg wanita paling istimewa di hati anda kpd kwn2 krn apabila anda berbuat demikian , pasti dia berasa bangga krn anda sgt jujur .

SEORANG YG KELAKAR .
lelaki peramah dan kelakar adalah idaman wanita . anda akan jadi penghibur kala dia duka dan juga tempat berkongsi cerita .



No comments: