hai.
dah lama aku tak menulis dan jenguk blog aku nie. tp sekarang, aku nak mulakan semuanya dgn yg baru. aku nak tutup buku baru, dan bukak buku yg lama.
dan sekarang aku dah rasa makin matang.ceh!perasan pulak. jom kita start buku baru dgn al-kisah diri aku yg baru nie.
sekarang nie aku baru aje start sem baru. sem 6. alhamdulillah masih lagi dalam kos perakaunan. masih lg ditahap yg stabil lah. dan aku harap aku dpt bertahan sampai sem terakhirlah. tetapi aku dah tak belajar kat machang lg. aku dah berpindah ke kampus kota bharu. tersangatlah dekat dgn rumah aku. so, aku dah tak duduk rumah sewa or kolej. sekarang nie hanya bertapa dirumah je lah. tp dah takde lah keseronokan belajar dan suasana belajar. bila duduk kat rumah nie, langkah kaki nak g mana2 pun dah pendek lah. hehehe. dan tiap2 hari abah aku yg akan hantar aku ke kelas. beliau jugaklah yg akan jemput aku bila habis kelas.
dan tentang jadual aku sem nie pulak. dalam masa 1 minggu, aku hanya ada kelas 3 hari. bestkan?? mula2 nie mmg lah best, tp bila dah lama2 nnt. agak penat jugak lah. ye lah, 1 hari ada 5 kelas. dan ada jugak yg ada 6 kelas. mana tak penatnya? dan yg lebih penat, bila semua lect nak buat test or kuiz dalam hari yg sama. subjek mana dl yg aku nak kena study kan? nnt blh lah tgk aku hypertension.
ishk, panjangnya aku taip entry kali nie kan? tp takpe lah, nie kan first entry aku. nak cite semua pasal aku. dan entry lepas2 nie, takde dah introduction nie. hehehe.
hah!soalan popular bila akhir sem dan bila dah 1 bulan habis final exam. mcm mana dgn result aku sem lepas? tak pyh nak cite lah. result aku mmg teruk lah. jatuh dari tingkat 4 sampai lah ke tingkat bwh. bukan turun dengan tangga. tp terjun ikut tingkap terus. nak ckp teruknya result aku sem lepas. mana taknya, cuti berderet2. kelas pun tunggang langgang. dgn masalah classmate lg, groupmate lg. hish, mcm2 lah. sampai study aku pun ntah ke mana. tambah2 lg soalan final mmg susah gila! dan akhirnya byk tue je lah yg aku dpt. tp alhamdulillah. masih lg stabil. dan nampaknya sem nie aku kena bekerja keras lah. utk aku cover blk.
hah, bila dah sentuh pasal result nie, maka berakhirlah kisah2 aku. hehehe, nnt lah aku sambung entry lain pulak. untuk kali nie, setakat nie je lah dulu. nie pun dah muak korang nak baca. hehehe. bye.
p/s; tlg support aku nak jd org baru :))
sory tertulis entry yg panjang pulak.
Wednesday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment