Blogger Templates

Tuesday

beribu sesalan

Ku susuri malam ini

Yang tidak berbintang sunyi sepi

Juga rembulan dah menghilang

Dalam kelam ku sendiri


Ku mencari hembus bayu

Yang selalu berbisik madah rindu

Kini membisu dalam sayu

Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu

Tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu


Setelah cinta pergi

Ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji dimungkiri lagi


Sia-sia ku

Mencintaimu

Setia padamu

Percayakanmu


Sebak dadaku

Retak hatiku

Luka jiwaku

Dihiris pilu


Beribu sesalanku



tp aku tak pernah menyesal kenal kau, menyayangi kau, mencintai kau, setia dgn kau. cuma 1 yg aku rasa. aku sangat kecewa. dikhianati oleh insan yg plg aku syg. yg plg aku percaya.



tahniah !




seperti yg anda semua sedia maklum , lbh 6.5 juta penonton yg menonton AJL-26 di kaca TV msg2 . ceh ! ayat aku skema kan ? hehehe , abaikan .

pendekkan cerita , lagu awan nano nyanyian Hafiz dinobatkan AJL-26 . so , aku sgtlah teruja . mmg aku harapkan lag nie menang pun . lagu yg sgt best . mempunyai maksd yg mendalam . nnt korang cubalah hayati liriknya .


Lihat ke arah sana

Serakan warna dan berarakan

Awan

Pabila terik panas

Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya

Pabila kau katakan

Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano

Setia melindungi diri

Tika panas mencuba menggores pipi

Dan bibirmu

Begitulah awan nano

Sering saja tak terduga hadir

Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya

Kasih tiada banding

Setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini

Yang sesekali pernah kau bagaikan awan

Sehingga tak mungkin terlupa

Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi

Setitis pun air matamu kasihku

Sehingga kau katakan

Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia

Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi

Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu

Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano

Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi

Dan bibirmu

Begitulah awan nano

Sering saja tak terduga hadir

Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

tahniah !



terkenangkan kau

hmmm , td aku kat luar sorang2 . mula2 tgk cite antara garisan kat astro ria . jln ceritanya mcm sama je apa yg kau dah buat kat aku . tp endingnya aku kurang setuju . sbbnya aku tak pernah fikir utk buat mcm tue kat kau . knp ? sbb aku masih sygkan kau . aku masih simpan ruang hati aku utk kau . aku berharap satu hari nnt kau berubah . dan berharap aku dapat terima kau lg . sbb ada byk impian yg ingin kita bina bersama . dah byk benda yg kita rancang bersama .





then aku tgk cite where the money drop . ada la 1 pasangan suami isteri yg join game nie . dan aku berangan itu aku dan kau . bersama2 fikir utk 1 jawapan . sweetkan ? tp tgk lah apa yg kau dah buat ? semuanya musnah .




tp aku tak blh , sbb



dan sebab nie jugak lah apa yg aku nak buat , mesti aku akan teringat pada kau . aku tak tau knp aku jd mcm nie . sakit ! kau tau sakit ?

dan tadi , aku keluar dgn ma dan abah aku ke kedai perabot . sekali lg aku teringatkan kau . aku terfikir kita beli perabot utk rumah kita . sampai mcm tue skali kau dlm hidup aku . tp kau , apa kau fikir psl aku ? ada sama mcm aku ? takde kan ? semua yang kau buat hanya utk main2 . hanya utk suka2 . itu lah kau !
yes ! !

aku

rindu

kau !



knp kau seksa aku ? apa slh aku ?


bersama keluarga

hish ! dah lama benar aku tak keluar jenjalan dgn keluarga aku . taktau lah kenapa . maybe abah ak penat bekerja . dan , utk tarikh 29/1/2011, aku keluar bersama . malam yea . bukan siang2 hari .

tujuannya utk cari buku adik aku di muda osman . so , kitorang ke sana lah . dan utk kali keduanya aku gunakan BB1M yg diberikan . kali nie aku guna lg RM50 . berbaloi lah . aku beli buku , 'act like a lady , think like a man' . mgkn betul , mgkn jugak tak betul apa yg diperkatakan dlm buku tue . tp at least aku tau lah sikit isi hati lelaki , dan juga cara mereka berfikir . dan aku akan cuba utk berfikir seperti mereka . ye lah , kan mereka ada 9 akal . so , blh lah ikut cara mereka .
then , kami stop kat kedai makan . dah lama tak mkn2 kat luar mcm nie . kadang2 nak jugak tukar2 selera . kalau dul , hampir setiap mlm kami keluar mkn . tp skrg mgkn sebab kami dah jarang sangat mkn mlm . sbb tue tak keluar mkn kot . tp takpe lah , kalau tiap2 hari keluar pun , bosan jugak . lg pun bkn byk kedai mkn yg masakannya kena dgn selera kami .

so , abah aku buat pilihan yg tepat . kat kedai yg dia dah selalu mkn lah kot . aku pun taktau lah . tp yg pastinya , kedai tue menepati selera kami . aku , abah mkn mee goreng basah . adik aku mkn k.teow goreng , dan ma aku mkn mee sup . aku order mee goreng pun sbb dah terliur sgt nak mkn . naseb baik jumpa kedai yg blh tahan lah sedapnya .

apa2 pun , at least dpt jugak kelar mkn bersama . aku syg mereka !


Monday

cara nak syg org .

hai . dah 1 hari aku tak menjeling blog aku neh . ideanya byk . tp moodnya takde . dan kali nie ak nak share something . dah lama dah , aku belek2 blog cik.asmida , tiba2 jumpa entry nie . so , aku nak share lah kat sini pulak .

camne kita nak sygkan seseorg ? meh kita tgk cik.asmida ckp :

sayangi dia dgn hati , bkn dgn perasaan . perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa .

sayangi dia seadanya .

sayangi dia sepenuh hati .

hormati pendirian dan keputusan dia .

yakinkan diri anda akn keistimewaan dia .

jgn berjanji menyayangi dia utk selama-lamanya , kerana selama-lamanya bg anda mgkn akn berakhir esok . tp berjanjilah utk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yg terakhir utk menyayangi dirinya .



dan banyak lg . nak tgk lg ? silalah jgn segan ke blog cik.asmida yer . nnt blh tgk apa yg dia komen . sangat menarik .



Sunday

akhirnya .



patut la aku rasa sedih dan sayu je hari nie . rupanya ada yang tak kena . aku tak tau perangai kau masih tak berubah . masih di tahap lama . mulut kata berubah . tp hati tak pernah terdetik utk berubah . tp takpe lah , aku berdoa 1 hari nnt kau akan berubah dan ada org yang akan mengubah kau .

aku cuba pujuk hati aku utk terima kau kembali , tp tgk lah . sekali lg kau hancurkannya . nasib baik hati aku tergerak utk tgk , dan nasib baik aku tau lbh awal . kalau tak , lagi sekali aku buat kesilapan . tp takpe , aku sentiasa berdoa utk kau dan dia . org cakap , doa org teraniaya mungkin termakbul .

dan saat ini , aku akan pergi jauh dari hidup kau . kau jgn pernah kembali lg dgn aku . jgn pernah kacau hidup aku . aku nak tenangkan sendirian . aku lbh tenang hidup sendirian dari hidup dgn kau kalau camni kau buat aku .



" Ya Allah , tabahkanlah hati aku menempuh setiap dugaan-Mu . KAU menduga hamba-Mu tidak lebih dari kemampuannya " .



Saturday

senyum dan tawa

sedang aku bersendirian merenung diri , mengenang nasib diri , mengenang hari2 semalam . aku teringatkan sesuatu . senyum dan tawa aku yang dulu telah hilang . hidup aku tanpa senyum dan tawa . aku sunyi . ke mana kah tawa itu ? siapakah yang curi senyuman itu ? kini baru aku sedar , hidup aku dah tak seindah dulu . tak seceria dulu .


aku rindukan senyuman dan tawa itu . aku rindukan kehidupan aku yang dulu .

Friday

bersama rumate

hai . apa khabar ? entry yang aku kali nie , entry tertunda . berkisahkan keluar mkn bersama rumate aku time part4 . hah ! hebatkan ? mana nak dapat rumate mcm nie .




jumaat , 27/1/12 , jam 830 mlm , bertempat di pelangi mall . aku , aekak dan aeda janji nak jumpa . dah lama kami tak jumpa . aeda yang msj dgn aekak . aku tak tau pape pun . tiba2 aeda msj , 'nak jumpa aekak mlm nie . dia jadi jumpa '. then aku pun , setuju lah . apa lg . kalau bab2 keluar nie , aku lah no.1 . hehehe .

then aku pun siap2lah bila aeda msj dia dah otw . lbh kurang pkl 830 lah aku keluar . aeda yang jemput aku . thanks dear ! hehehe , tp sebelum aku keluar , mintak izin dl lah dgn mak aku . walaupun dia takde kat umah . bagus kan aku nie ? hehehe .

so , menujulah ke pelangi mall . sbb keluar lwt , aekak pun suruh jumpa kat rumah dia je . sampai2 je , tgk 'abe peta' pun ada . aiiii , aekak nie ambil kesempatan ke apa . hehehe , takde lah . gurau je aekak . kami pun serbulah kedai kopitiam . hah ! kali nie , aekak yang belanja . best lah kan ? tapi segannn . maluuuu .

opppssss , lupa nak cakap . aekak nie lbh tua dari kitorang . sbb tue dia nampak caring kan ? hehehe , dah mcm adik beradik dah pun .












menu kami ? taktau nak mkn apa nie . lama jugak abang tue tunggu . last2 ckp kt abg tue , kjap lagi ktorang panggil . lps lama fikir , last2 makan meggi tomyam dan k.teow tomyam . tp , yang tak adilnya , aekak tak mkn . huh ! ajak kitorang mkn , tp dia tak mkn . apa la aekak nie . lps mkn tomyam tue , aekak pulak order chicken chop . tp bkn utk dia mkn , tp utk kitorang mkn . huh ! byk betul bg kitorang mkn .






jgn salah faham . 1 mangkuk lg nie , abe peta yg punya .
tp lps mkn , dia terus blk .















ok . berakhir di kopitiam . then aekak bawak kitorang tgk menara apa ntah . aku pun dah lupa . hehehe , tp serius cantik tmpt tue . kalau dtg siang hari , blh naik menara tue . then tgk pemandangan dari atas . waaaaa , mesti cantik . aku nak naik !!! sape nak bwk aku ?

then ronda2 lah kwsn pelangi mall tue . maklum lah , aku tak pernah ke sana waktu mlm . heeee , sebelum nie kan budak kecik lg . takleh keluar mlm . best jugak pemandangan mlm . cantek ! then kami melakar kenangan pertemuan hari nie .






hah ! yang nie sebab takde org nak tlg ambekkan gmbr , self-timer pn jadi lah . hahahah


tp yang bestnya , sebelum blk tue , dah ddk dlm keta dah pun . tiba2 , pemain bola sepak kelantan lalu . waaaaa ! bertuah sungguh hari nie . then aeda pun mintak lah nak bergambar dgn dia .


aeda , s.subramaniam , aku


haish ! harap2 kami bertiga dapat keluar mcm nie lg . opppsss , bukan dgn subra . okey ? jgn salah faham . hehehe ,

miss u aekak ,
love u aekak .
miss u aeda ,
love u aeda .


dioranglah rumate yang terbaik yang pernah aku ada ! rindu nak bersama lg .



Thursday

tahniah syg !

sinisinisini , ada cerita hujung tahun . hangat punya . mari tengok , mari baca . seronok punya !
kali nie di bawakan khas cerita hujung tahun 2011 .

sariberitautama . tanggal 26/12/2011 . Nur Azlina a.k.a G-na , telah selamat ' di gelarkan ' sebagai isteri kepada Niq Fareq Nazmi . majlis akad nikah berlangsung pada 25/12/2011 malam , bertempat di Panji . rumah pengantin perempuan . dan majlis persandingan telah berlangsung pada 26/12/2011 . aku bersama en.chenta , Nini dan Ana bersama en.chentanya telah sama2 memeriahkan majlis . ceh ! hahah , ayat takleh blah . " tlg jgn muntah ! " .

kami di kejutkan dengan berita ini bila ternampak invitation event di facebook . adakah keputusan ini terburu2 ? oh , tentu sekali tidak . hehehe , dah2 ! jangan nak mengarut . aku pn terkejut jugak lah dengan majlis nie . sebabnya , 3 bulan sebelum tue ada la borak2 dengan Nini , Ana dan G-na pasal nie . G-na siap cakap lg ' aku tunggu ana kawen dl ' . hah ! tgk ! sekarang nie apa sudah jadi maaa ? dia pulak yang terlebih awal naik pelamin . hish !

apa2 pun tahniah KAWAN ! bercerita sikit tentang pasangan ini . diorang baru je kenal 6 bulan . tak tau la mcm mana blh fikir dan decide utk kawen cepat . G-na baru je dpt kerja , nurse . dan suaminya masih belajar . seorang berumur 22 tahun , dan seorang lagi berumur 23 tahun . sweetkan ? haish , mcm jeles pulak . aku tgk kat facebook diorang pun , sweet sgt !



satu2nya gambar yang ada


okey . semoga berbahagia hingga ke syurga !



hah ! aku pulak . dengan en.chenta dah berakhir . tak tercapai hajat aku nak kawen awal . hahaha , gatal kan ? blaja pun baru setahun jagung . ada hati nak kawen .


huh ! indahnya bercinta lepas kawen :))

tak suka !

hish ! bila cuti panjang nie bosan lah pulak . nak cari keje pun mcm tak berbaloi je . merempatlah kat rumah nampaknya . bila time blaja , sibuk je nak cuti . nak blk rumah . tak sanggup hadapi beban blaja . tp bila dah bg cuti lebih2 nie . tak menghargai pulak . hehehe , tak pernah puas dgn apa yang ada kan ? mcm tue la sikap manusia . ceh !

aku tak suka cuti nie . sebab sunyi . dan bila dah sunyi nie , hati mulalah buat sesuatu yang jahat . rindu , teringat dengan kenangan2 yang pernah di cipta bersama insan bergelar 'sayang' . tp mmg syg pun , dia bkn milik aku lg . tp kenapa aku masih dan perlu igt dia lg ? knp ?

haish ! en.hati , tlg lah jgn buat perangai . ' awk taknak sakit lg kan ? ' . so , mtk tlg sangat2 jd budak baik . ok ? hehehe .



serius ! aku mmg teringat dan rindu kan dia .

mann vs dil hai tumhaara

haihaihai . masih mood cuti lg kan ? hah ! memang mood cuti . hari nie aku khatam 2 cerita . hebat kan ? dah la cerita hindustan . nah ! ambek kau . nie lah padahnya kalau nak tebus balik . tercapai jugak lah hajat aku kan .

dua-dua cite best . semuanya pasal cinta . tgk ! dah gatal sangat lah aku nie . tak habis2 kisah cinta , cinta , cinta dan cinta . hish ! tak serik2 jugak . dah banyak kali kecewa sebab cinta . masih tak serik . hehehe , bukan apa . hanya sekadar penuhkan rasa hati . ceh ! ayat takleh blah . hahaha ,

dan dua-dua cerita nie cerita lama . best apa tgk cerita lama . jiwangnya lebih la sikit , kan ? hehehe , sape2 ada cerita hindustan yang lama2 . blh lah kala nak kongsi dengan aku . bukan senang tau nak tgk aku layan cerita macam nie . dan azam aku cuti sem nie , nak habiskan cerita dalam ex-hdd aku . dan akan aku delete cerita2 tue . hah ! sape yang nak . blh copy cepat2 sblm aku delete .

hebat kan azam cuti aku ? kalau bab cuti , laju jer ciptakan azam . tp kalau study , ada ke azam mcm nie ? takde pulak kan ? bila la budak nie nak berubah . hehehe .


cerita dah abis 2 , lagu ombak rindu dah khatam . esok aktiviti apa pulak yer ?

Wednesday

ombak rindu

hooyeaahhh ! dah mula cuti nie , sibuk la fikir nak buat kerja apa . bila sibuk online , ternampak la video nie . korang layan ea .





hah ! dah tgk ? best tak ? asyik2 tengok komen orang psl video nie , ternampak pulak komen admin tentang video nie . ' sape nak skor , blh tinggalkan komen dan email ' . so , apa lg . aku yang mmg dah lama tinggal dgn muzik2 nie , tiba2 pulak nak berjinak-jinak kembali .

jadi , aktiviti pertama aku . khatam dulu la lagu ombak rindu nie .

korang nak ? mtk la dgn abg ilham . hehehe ,

rumah manis rumah

yeay ! akhirnya aku dah sampai kt rumah . setelah berbulan - bulan tak balik . ceh ! macam la rumah aku jauh sangat dgn mache tue . hehehe . tp byk benda nak kena buat . so , tak dapat la nak blk walaupun dekat .

bila aku dah balik nie , maknanya aku dah cuti lah kan ? YES !!! cuti time . akan ku manfaat sepenuhnya . ceh ! ayat takleh blah . hmmm , dan akhirnya aku dah berjaya tamatkan sem4 degree aku dgn jayanya . sepatutnya aku WAJIB dpt award nie . hahaha , sape nak bg , angkat tangan laju2 !

tp kenapa dgn jayanya yer ? tentulah kan , dah bermacam2 dugaan aku tempoh . masalah dgn budak rumah sewanya , rakan sebiliknya , kawan baiknya , boifrennya , testnya , kuiznya , final examnya , dan bermacam2 NYA lagi lah . hah ! nie blh di kira 'jayanya' lah kan ? eh3 , ada lagi NYA nie . hahahah .


so , jangan ada sape2 kacau aku dgn masalah2 lg . aku nak tenangkan fikiran . TP kalau ada yang nak keluar jalan2 , blh ajak aku . hahaha , dan mintak tolong sangat2 ajak aku !



selamat bercuti semua !



Monday

yeay !

hai .
hah ! kali nie aku nak update byk2 . sampai korang termuntah . blh ?


blh or tak blh , aku nak jugak . hehehe . hah ! kali nie cite pasal exam aku . memang parah . semua paper , soalan senang je . tp yang jadi masalahnya , aku takleh nak jawab pun . haish , masalah betul lah . harap2 semua paper ok lah kan . risau pulak aku .

tp . . . . korang tak tau kan aku ambek kos apa kali nie ? or aku dah bercerita ? hahaha , blh pulak lupa kan ? tak pe lah . aku bercerita lg ea . aku skrg nie sambung blaja lagi . ijazah sarjana muda perakaunan ( kepujian ) . ceh ! bajet hebat lah kan . hahaha . aku blaja kat UiTM Machang . still jugak sayangkan machang kan ? tentulah kan ! skrg nie aku tgh cuti sem 4 . dari diploma , ke ijazah nie aku terus dilompatkan ke sem 4 . so , tak de la byk sangat masa aku utk habiskan ijazah nie kan ? dan aku baru je tamat final exam .

huh ! soalan2 yang sangat mencabar . sangat menguji minda dan kesabaran aku . opssss , sebelum tue . sem 4 nie aku ambek 8 subjek . huh ! byk kan ? memang susah la aku nak cemerlang mcm nie . hahaha , angan2 yang tinggi melangit .

subjek yang aku ambek .

FAR400 - nie subjek akaun . plg aku minat . tp huh ! sangat susah ! nie paper berangkai . wajib ambek tiap2 sem . tp kod yang lain la pulak .

MAF420 - hah ! nie pun aku suka . sebabnya kira mengira . subjek nie aku blaja camne nak jd manager . input dan output . sgt seronok !

PSA420 - Public Sector Accounting . aku dapat tau pasal akaun negara . byk la input yg ak dapat . dapat tau proses budget .

CRG520 - hah ! nie berkait dengan ethic . keputusan yang kita buat tue betul or tak . sebelum buat keputusan , haruslah fikir org lain .

CTU553 - nie kalau nak ikut sekolah , agama islam . tp takde la tulisan jawi kan . kali nie aku blaja pasal etnik2 . ulang balik sejarah2 dulu . huh ! mengantok !

MGT534 - subjek nie oreganizational behavior . mengantok jugak . sbb kena menghafal . dah la kena blaja 14 bab .

BEL492 - bahasa org putih lah nie . presentation aje keje .

BMD401 - hah ! yg nie sgt menarik . bahasa ketiga . aku ambek mandarin . kat UiTM mache nie ada 2 pilihan je . sama ada arab atau mandarin .


hah ! panjangkan aku berceloteh nie ? baca lah korang sampai habis . hehehe , biase la . dah lama tak menulis nie . ok . kita sambung lagi dengan kisah final exam pulak .


4/1 - CTU553
11/1 - MGT534
15/1 - CRG520
19/1 - MAF420
21/1 - FAR400
22/1 - PSA420

paper CTU553 nie ok lah lagi . sebab tak byk sgt bab yang kena baca . lagi pun blh refresh yang form5 dl kan ? tu pun kalau igt lg kan ? then beralih pulak ke MGT534 . huh ! stress ! walaupun ada 7 hari utk study , tp aku shortkan jd 5 hari je . sebabnya 2 hari tue aku habiskan masa utk camping BrassBand . tak habis2 dgn camping . exam pun sempat lagi ber'camping' . paper MGT534 nie blh tahan la . soalan takde la susah , tp takleh jawab . yg spot pulak tak masuk .

then CRG520 , masa utk study ada 3 hari je . so , bertungkus lumus lah study . dapat je soalan , soalan 1 tue dah takleh jawab . hish ! parah2 . dapat brape sen la result nnt . then MAF420 . huh ! paper plg best ! semangat nak study . tp di sebabkan aku minum air batu , jadi lenguh2 badan . semangat nak study pun dah ilang . hish ! dugaan betullah .

paper FAR400 nie takde masa sangat nak study . ada 2 hari je . hish ! mana cukup nak study . dah la byk bab . eeee , paper awl2 takde la stress sgt . kena paper last nie byk plak dugaan . jawab pun mcm study jugak lah . hehehe , yeay ! tak sabar nak paper last . PSA420 . soalan yang simple , tp takleh jawab . semua yang baca , masuk . tp 1 pun tak igt . nie mesti kes tak sabar nak blk kot .


YES !!!! final dah abis . berharap takde la yang repeat . lepas je final , terus celebrate kat KFC . makan besar ! hehehe


' Ya Allah , aku telah cuba sehabis daya , yang terbaik dalam peperiksaan aku . berikanlah keputusan yang terbaik utk aku ' .





tutup buku lama ,

buka buku baru .


yes ! memang dari dulu patut mcm nie . tp buku yang lama jangan di buang . knp ? ambek yang baik utk di jadikan teladan , dan yang kurang baik jadikan sempadan .

haish ! dah lama aku tinggal blog nie kan ? bukan tak suka , tp membawa hati yang duka . heheheh . eh , takde lah . sebenarnya aku dah sambung blaja balik . sebab tue tak sempat nak pedulikan blog nie . tp skrg nie dah cuti . aik ? dah cuti ? kejapnya blaja . ishk , mesti lah kan . otak pun dah penat nie . so , kita santai2 sambil berblog . kan ??

haaaa , sebelum apa2 . belum terlambat lg kan utk aku wish ' selamat tahun baru ' ! hehehe . masih awl tahun lagi kan .