Blogger Templates

Monday

camping last brassband

hai. korang apa khabar? dah lama aku tak update kat sini. takde idea lah. dan aku pulak ada byk masalah. bila byk masalah nie, mood utk menaip pun hilang lah. so, lebih baik tak menaipkan? nnt taktau lah apa jd pada entry aku kalau menaip time takde mood.

kali nie aku nak share pasal aku join camping brassband lg. kali nie utk pelatih part3, dan camping terakhir utk sem diorang. bertempat di pantai perkasa, hari jumaat dan sabtu. dah lama aku plan nak join. tp aku fikir camne nak g machang. first plan camping nie buat 3 hari kat luar. start hari khamis. then aku pun plan la mtk tlg abah aku hantar terus ke pantai perkasa. tp last2 ubah jadi 2 hari je. so, aku kena ke machang dulu lah.

kat machang aku tumpang bilik junior aku. naseb baik dia baik hati. thanks nadiah. dan aku ke machang tumpang kawan abah aku. tp aku kenal la. bkn tak kenal. kalau tak kenal, aku tak tumpang lah pulak.

so, hari khamis tue bercamping dalam uitm lah dulu. aku tak snap gambar la, sbb aku mls nak bawak turun tepon aku nie. so, aku cerita je lah ea. hari khamis ptg mcm biasa lah, pendaftaran dan bagi2 kumpulan. malam pulak, takde ceramah. ganti dgn persembahan diorang. tp aku sempat tgk kejap je, sbb ada org tue bawak aku keluar. hehehe, nnt next entry aku story ea?

then malam tue, ada game boom dan goreng pisang. ada 5 group. 1 group komander. seronok lah jugak, dari takde aktiviti pape. dan game nie sbb nak penuhkan masa sebelum bawak diorang g padang futsal. utk menikmati keindahan malam kat pdg futsal tue. aku pun tak pernah berpengalaman lg tido kat pdg tengah2 mlm mcm nie. so, aku pun join jugak lah. tp aku join sampai pkl2 je. kesian pulak kat nadiah nak kena tunggu aku blk. tak tau lah diorang habis sampai pukul berape.

dan hari jumaat pg. biasa lah, senam pagi dulu. then pkl9 start lah aktiviti. kata pengarah projek camping nie, tema camping kali nie 'family day'. so, aktiviti pun mcm family day jugak lah kan. pg tue kitorang ada game cari gerah dalam tepung, tiup belon sampai pecah, bola baye, dan lempar belon berisi air. agak fun jugak lah tgk diorang main. bersemangat!

then pkl12 kitorang bertolak ke pantai perkasa. aktiviti pertama bila sampai kat sana, pelatih kena buat istana pasir. adat lah tue, main tepi pantai. istana pasir tak leh lupa. hah! start kat pantai nie lah aku ambek gambar.


peah dan onet.
aku pun tak tau camne diorang dapat nama tue. aku pun tumpang panggil lah. diorang nie best, sporting! dan peah pulak si latah. bkn latah biasa2, tp latah luar biasa. aku pernah kena pukul dgn dia. dan aku jugaklah mangsanya kalau ada sorang nie yg melatahkan dia.



bermulalah sesi ber'istana pasir'

gambar yg aku ambil nie, time diorang baru nak start. so, mmg takde lagi lah istana diorang nie. tp aku ada snap yg dah siap. tp kena tunggu next entry. sbb aku dan someone jd model istana diorang. heeee









okey, camping di pantai perkasa kali nie sempat aku bersenda gurau dgn pantai. sbbnya aku join atas nama mantan. heeee, so takde lah kerja sgt. dan takde lah tugas khusus utk aku.

dan berakhirlah ber'istana pasir'. aktiviti malam pulak ada malam kebudayaan. mcm biasa lah, aktiviti rutin mlm last camping. dan tugasan yg diberikan kpd mereka, buat persembahan dikir barat dan lakonan. hah! pandai2 diorang lah guna kreativiti msg2. dan aku suka persembahan dari kumpulan onet dan peah. liriknya pasal camping.

dan mlm nie jugak ada BBQ. tp komander diorang yg tlg BBQ kan utk diorang. diorang hanya tunggu utk mkn je. dan menu malam tue, nasi goreng cina, keropok, sup, dan BBQ. macey xmasok gitu tibo2 ado sup. dan kali nie jugak lah aku dan komander2 sekalian kalut bertungkus lumus didapur. tp bersama cikgu.

yeay! aktiviti bersama komander lah pulak. pelatih semua dah di beri rehat dan di paksa tidur. dan kami berombak rindu kat tepi pantai di malam yg pekat sambil bersaksikan bulan bertemankan ombak. ceh! powernya ayat. hahaha.


klik utk tumbesaran. dan korang akan lihat hasilnya :)


yes!! dah pagi dah. hehehe, lena betul aku tido. penat tak terkata. aku di dera basuh periuk besar. dan bertemankan dia yg turut basuh kuali. hahaha, sweetkan?

lepas siap2kan kerja kat dapur, aku ke pantai ambek angin pagi pulakkan. bkn selalu dpt suasana mcm nie. dan aku akan hargai betul2.



kerja budak nakal

korang tgk lah. aku jadi kanak2 ribena bl bersama brassband. dan bile bersama diorang jugaklah aku lupa yg aku nie dah pun berumur 22 tahun. hahaha, pelik betullah.








edzra yg kepala 'gila2'.
tak pasal2 aku pun terlibat.



lepas penat jd kanak2. kami tiba2 blh jadi matang. joging tepi pantai.






pose terakhir sblm mkn!




p/s: camping kali nie best!sgt enjoy. dan aku dpt rasakan erti sebenar camping walaupun hati ini terguris :)





No comments: